PESAWAT Delta Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di North Carolina.
PESAWAT Delta Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di North Carolina.
Agensi

NORTH CAROLINA: Sebuah pesawat Delta Airlines yang membawa 148 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas di North Carolina kerana masalah teknikal apabila salah satu komponen enjinnya tercabut.

Daily Mail melaporkan, kejadian Isnin lalu mencetuskan suasana panik dalam pesawat apabila ruang kabin dipenuhi asap ketika menaiki penerbangan dari Atlanta ke Baltimore itu.

Satu rakaman video menunjukkan komponen enjin itu berdetar dalam turbin pesawat ketika melakukan penerbangan pada ketinggian 3,048 meter.

Pesawat MD-88 itu bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Raleigh-Durham tanpa sebarang kecederaan, lapor WRAL.

Jurucakap syarikat itu memberitahu Business Insider bahawa enjin pesawat itu sudah ditukar dan kerosakan yang berlaku akan diteliti oleh pakar.

Mereka turut mengesahkan tiada sebarang laporan kecederaan dan syarikat itu mengatur penerbangan lain untuk penumpang terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 8:55 PM