CARLSON berbalas tembakan dengan polis mati di tempat kejadian. Gambar kanan: Ketika beliau ditangkap sekitar 2017. FOTO Daily Mail
CARLSON berbalas tembakan dengan polis mati di tempat kejadian. Gambar kanan: Ketika beliau ditangkap sekitar 2017. FOTO Daily Mail
Agensi

NORTH CAROLINA: Seorang perogol bersiri yang paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mati ditembak polis dalam kejadian di sebuah hotel di North Carolina, Amerika Syarikat, semalam.

Daily Mail melaporkan, lelaki yang dalam senarai 10 penjenayah dikehendaki itu, Greg Alyn Carlson, 47, menjadi buruan FBI apabila cuba melarikan diri beberapa kali sebelum ditembak mati ketika bersembunyi di hotel terletak di pinggir Raleigh itu.

Menurut FBI dia melakukan jenayahnya dengan memecah masuk rumah mangsa yang sedang tidur sebelum merogol mereka.

Pada September 2017, Carlson ditahan di Los Angeles dan berdepan dakwaan melakukan rompakan, melakukan serangan dengan niat untuk merogol serta melakukan serangan dengan senjata.

Dia melarikan diri dari rumah keluarganya di South Carolina selepas mencagarkan rumah ibunya bagi bon mahkamah berjumlah AS $1 juta (RM4.06 juta).

FBI dan pihak polis menemui Carlson yang bersenjata di sebuah hotel. FOTO Daily Mail
FBI dan pihak polis menemui Carlson yang bersenjata di sebuah hotel. FOTO Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 4:45 PM