TERUJA ketika menikmati sajian.
TERUJA ketika menikmati sajian.
SATU sudut pandangan dekorasi eksklusif di Disney’s Hollywood Hotel.
SATU sudut pandangan dekorasi eksklusif di Disney’s Hollywood Hotel.
KARAKTER fantasi dizahirkan pada bilik ini.
KARAKTER fantasi dizahirkan pada bilik ini.
ALAS kaki Mickey ini sesuai untuk dibawa pulang.
ALAS kaki Mickey ini sesuai untuk dibawa pulang.
ELEMEN ini bagaikan mercu tanda di Disney’s Hollywood Hotel.
ELEMEN ini bagaikan mercu tanda di Disney’s Hollywood Hotel.
PANORAMA malam di sekitar Disney’s Hollywood Hotel.
PANORAMA malam di sekitar Disney’s Hollywood Hotel.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Pengalaman menginap di hotel yang sarat dengan dekorasi bertemakan kartun memberikan seribu satu kenangan indah dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Malah, peluang menghayati sendiri keistimewaan di Disney’s Hollywood Hotel, Hong Kong, China, baru-baru ini adalah sesuatu yang luar biasa.

Rombongan media tajaan Cathay Pacific dan Hong Kong Disneyland dibawa menjelajah Hong Kong Disneyland sebelum singgah untuk menginap di hotel lima bintang dengan seni bina gaya Victoria itu.

Suasana mewah itu bagaikan pengalaman unik buat anda yang pernah menginap di hotel berkenaan kerana seolah-olah berada di istana abad ke-19.

Dalam menzahirkan suasana serba indah dan mengembirakan tetamunya terutama kanak-kanak, dunia fantasi cuba diilhamkan sebaik mungkin.

Mata siapa yang tidak terpukau sebaik melihat persekitaran lobi yang dihiasi pelbagai karakter Mickey dan Minie Mouse. Saat itu, merakam sebanyak mungkin gambar adalah satu kemestian.

Jubin yang anda pijak juga tidak lari daripada motif karakter kartun berkenaan hingga membuatkan anak-anak begitu leka.

Di lobi juga, anda tidak terlepas menyaksikan tayangan filem Disney.

Halwa telinga pula diperdengarkan muzik Mickey hingga dalam lif dan ia sungguh menceriakan terutama kanak-kanak.

Keterujaan lebih terasa sebaik menolak daun pintu bilik dan terbentang di depan mata sebuah dekorasi unik berlatarkan karakter Mickey dan Minie Mouse.

Daripada perhiasan, cadar, bantal dan kepala katil hingga tatahias bilik mandi, semuanya menceritakan idea penataan karakter kartun berkenaan.

Latar dinding menambahkan dunia fantasi kanak-kanak apabila motifnya turut menyamai karakter kartun berkenaan.

Tidak hairan jika ada kanak-kanak yang tidak mahu ke mana-mana selain bermain dalam bilik dek terlalu seronok menatap setiap tatahias itu.

Menikmati sajian enak di Chef Mickey pula pastinya anda tidak melepaskan peluang merakam seba­nyak mungkin gambar kerana segalanya berkenaan dunia Disney.

Bayangkan daripada pinggan mangkuk, bentuk roti atau kuih hingga dekorasinya semua membawa gambaran karakter Mickey dan Minie.

Malah, anda seisi keluarga juga berkesempatan merakam kenangan dengan dua karakter kartun itu.

Suasana landskap Disney’s Hollywood Hotel juga tidak kalah dari segi idea dan keindahan semula jadinya.

Tatkala siang, persekitaran yang sarat dengan pelbagai jenis bunga dan pepohon hijau itu menawarkan panorama menarik terutama ketika matahari terbit.

Berbeza dengan suasana malam apabila landskap menenangkan itu menjadi lokasi romantis buat anda dan pasangan.

Keunikan suasana fantasi di Hong Kong Disneyland Hotel tidak terkecuali menjadi bualan ramai.

Menerusi latar putih seni binanya, pengalaman menjamu selera di Walt’s Cafe nyata memahat kenangan sukar dilupakan.

Di kafe itu, suasana lebih menceriakan apabila karakter Disney turut menemani anda sepanjang masa.

Sama dengan Chef Mickey kerana setiap dekorasinya menampilkan keceriaan buat anda seisi keluarga selain diserikan suasana tatahias dalam rona lembut termasuk putih.

Selepas sarapan pagi, luangkan masa untuk meninjau saujana indah landskap fantasi hotel itu.

Terbentang luas di depannya laut yang secara tidak langsung melengkapkan panorama unik yang sukar ditemui di tempat lain.

Binaan sebuah taman itu membolehkan anda meneroka ke seluruh suasana hijau dengan merentasi laluan unik.

Semestinya pengalaman itu cukup menyeronokkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:06 AM