DISNEYLAND Hong Kong menanti dengan keseronokan tersendiri.
DISNEYLAND Hong Kong menanti dengan keseronokan tersendiri.
OCEAN Park tawar hiburan, pendidikan serta alam semula jadi sesuai untuk seisi keluarga.
OCEAN Park tawar hiburan, pendidikan serta alam semula jadi sesuai untuk seisi keluarga.
WARNA-WARNI sambutan tahun baru di Hong Kong pasti menambahkan keseronokan.
WARNA-WARNI sambutan tahun baru di Hong Kong pasti menambahkan keseronokan.
Suliati Asri


Bercuti bersama keluarga sememangnya sesuatu yang cukup bermakna. Oleh itu, cipta memori indah dengan pelbagai tarikan dan aktiviti hebat ditawarkan Kota Dunia Asia, Hong Kong yang pasti meninggalkan pengalaman manis buat seisi keluarga.

Sepanjang percutian, makanan halal dan tempat beribadat juga bukan masalah kerana semuanya disediakan.

Jadi, jom terokai Hong Kong bersama keluarga seperti HongKongers di lokasi pilihan paling popular untuk percutian menyeronokkan bersama keluarga.

Pertunjukan cahaya menakjubkan

Mulai penerokaan dengan sejarah, seni, makanan dan budaya di ‘kejiranan tertua’ dan paling asli di bandar raya ini iaitu Old Town Central.

Bawalah keluarga anda menerokai kawasan bersejarah yang ditandakan dengan Wyndham Street, Caine Road, Possession Street, Queen’s Road Central dan Hollywood Road, antara jalan yang paling awal dibina ketika era kolonial, merentasi di tengahnya.

Percutian ke Hong Kong tidak lengkap tanpa menyaksikan Symphony of Lights, pertunjukan muzik dan cahaya yang menakjubkan di kawasan Victoria Harbour.

Kesan pencahayaan dan pancaran laser yang digabungkan dengan alunan muzik harmoni pasti menghiburkan dan lokasi terbaik untuk menyaksikan Symphony of Lights adalah di pinggir pelabuhan Tsim Sha Tsui dan Golden Bauhinia Square di Wan Chai.

Berhibur sambil belajar

Terletak hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan boleh dituju dengan MTR, anda sekeluarga boleh menikmati pelbagai aktiviti dan permainan bersama karakter Disney di Hong Kong Disneyland.

Selain mencuba pelbagai permainan bertemakan Marvel, menyertai sesi latihan Jedi di Star Wars™ Tomorrowland Takeover atau menaiki roller coaster Hyperspace Mountain yang sangat laju, menyaksikan perarakan Flights of Fantasy pada waktu tengahari, serta perarakan Disney Paint the Night pada waktu malam nyata menambahkan keseronokan.

Ocean Park yang menggabungkan hiburan, pendidikan dan pemuliharaan alam semula jadi juga adalah destinasi mesti dikunjungi untuk percutian keluarga.

Anda sekeluarga juga boleh menikmati suasana masa lalu dengan menaiki Heritage Tram akan membawa anda nikmati perjalanan penuh nostalgia.

Keterujaan membeli-belah di Hong Kong

Kunjungan ke Hong Kong nyata tidak lengkap tanpa mengunjungi pasar borong di Cheung Sha Wan Road untuk mencari fabrik dan bahan lain bagi menghasilkan rekaan kreatif.

Pasar lambak di Apliu Steet dengan jualan pelbagai barangan baru dan terpakai dari peralatan elektronik, pakaian, komputer hinggalah barangan antik serta membeli-belah di Fuk Wing Street yang juga dikenali sebagai Toy Street menambahkan kegembiraan anda seisi keluarga.

Untuk melihat sudut pandangan terbaik sempena pesta Malam Tahun Baru 2018 ini, Hong Kong Cultural Centre Open Piazza, Tsim Sha Tsui Promenade, Kawasan hadapan pelabuhan Central, termasuk Central Pier 9 & 10 dan Golden Bauhinia Square adalah tempatnya.

Hong Kong Live In Kuala Lumpur

Jika anda punya perancangan untuk bercuti semasa musim cuti sekolah, Krismas dan Tahun Baru nanti, kunjungi pesta pelancongan Hong Kong Live in Kuala Lumpur di Suria KLCC 7 hingga 12 November ini untuk mengetahui cara menerokai Hong Kong seperti masyarakat tempatan.

Ketahui kepelbagaian tarikan menarik dan destinasi hebat yang ditawarkan di Hong Kong, termasuklah Big Bus Tours Hong Kong, Dukling, Hong Kong Disneyland, Madame Tussauds Hong Kong, Ngong Ping 360, Ocean Park Hong Kong, Peak Tramways dan sky100 Hong Kong Observation Deck.

Pelancong Muslim juga kini boleh bercuti di Hong Kong dengan penuh yakin kerana pelbagai pilihan restoran bersijil Halal serta kemudahan masjid dan madrasah untuk menunaikan ibadat.

Hong Kong Tourism Board juga memperkenalkan buku panduan untuk pelancong Muslim ‘Warna-Warni Hong Kong’ agar perjalanan ke Hong Kong dapat dirancang dengan mudah.

Ikuti Lembaga Pelanco­ngan Hong Kong di Instagram, Facebook, Twitter: @DiscoverHongKong untuk berita dan trend terkini di Kota Dunia Asia ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 10:33 AM