Aplikasi MetroTV  memperoleh sebanyak 17, 350 muat turun sehingga hari ini bagi kategori ‘News & Magazines’ sekali gus mengatasi aplikasi berita antarabangsa dan tempatan seperti CNN dan Astro Awani.
Aplikasi MetroTV memperoleh sebanyak 17, 350 muat turun sehingga hari ini bagi kategori ‘News & Magazines’ sekali gus mengatasi aplikasi berita antarabangsa dan tempatan seperti CNN dan Astro Awani.
Ridhatul Rizki


APLIKASI MetroTV menduduki tempat kedua carta aplikasi percuma Google Play dengan memperoleh sebanyak 17, 350 muat turun sehingga hari ini sejak ia dilancarkan pada 23 Mei lalu.

Berdasarkan sumber analisis dan data untuk aplikasi mobile, App Annie, MetroTV berada di belakang Twitter yang memperoleh 81, 531 muat turun bagi kategori ‘News & Magazines’ sekali gus mengatasi aplikasi berita antarabangsa dan tempatan seperti CNN dan Astro Awani.

CNN menduduki tempat keempat dengan memperoleh sebanyak 13, 324 muat turun. Manakala Astro Awani menduduki tempat ke-16 dengan 5,912 muat turun.

MetroTV menawarkan kandungan video eksklusif dengan tumpuan kandungan video berteraskan ‘human interest’, jenayah, sukan, hiburan, semi-documentary dan politik.

Ia turut dibahagikan kepada tiga segmen iaitu berita, Ohsem! dan HM+ di mana setiap segmen ini mempunyai kandungan video berlainan sesuai dengan citarasa dan kehendak penonton.

Aplikasi MetroTV yang dibangunkan Harian Metro dan Media Prima Labs boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android di Google Play Store manakala di Apple App Store untuk pengguna iOS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 8:56 PM