Sejak album pertama-nya pada 1972, penyanyi bertaraf legenda, Bette Midler amat mengagumi vokal berharmoni terutama daripada kumpulan vokal wanita.

Baginya, gabungan harmoni vokal wanita memberikan ‘bunyian’ yang mampu menangkap jiwanya.

Kekaguman itu akhirnya disalurkan dalam album terbarunya ini dengan Midler menyanyikan semula lagu-lagu daripada kumpulan vokal wanita popular dari era 1940-an, 1950-an dan 1960-an.

Sebanyak 15 lagu dalam album ini menyaksikan Midler menyanyikan semula lagu-lagu daripada kumpulan vokal wanita era berkenaan seperti The Andrews Sisters, The DeCastro Sisters, The Chordettes, The Chiffons, The Sha-ngri-Las, The Ronettes, The Exciters, The Crystals, The Marvelettes, The Shirelles, Martha & The Vandellas dan The Supremes.

Selain itu, dia merakam-kan semula lagu hit TLC pada 1995 iaitu Waterfall, tetapi diberi nafas baru dengan rentak lebih perlahan yang menyaksikan Midler me-nyanyi diiringi piano.

Cara penyampaian Midler dalam album ini juga mengingatkan kita kepada gaya kabaret dan teaterikal seperti dalam album awalnya dulu.

Bekerjasama dengan penerbit veteran Marc Shaiman dan Scott Riesett, memberi peluang kepada Midler me-nyerlahkan personalitinya dalam setiap lagu.

Antaranya ialah Be My Baby (The Ronettes), One Fine Day (the Chiffons), You Can’t Hurry Love (The Supremes), Bei Mir Bist du Schon (The Andrew Sisters) dan Mr Sandman (The Chordettes). Semua lagu dalam album ini dihasilkan dengan teliti, sekali gus sempurna untuk gaya vokal, persona pentas dan komedi yang dimiliki Midler.

INFO:

ARTIS : Bette Midler

ALBUM: It’s The Girls!

TERBITAN/EDARAN: East West Records/Warner Music

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:47 AM