Kuala Lumpur: BookXcess, penganjur pameran buku Big Bad Wolf (BBW) kembali dengan promosi jualan hebat dikenali BBW Fire Sale akan berlangsung 2 hingga 9 Februari ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC) The Mines, Seri Kembangan.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan dengan harga lebih murah dengan mengunjungi BBW Fire Sale yang akan bermula pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari sepanjang tempoh penganjurannya.

Pengarah Urusannya, Andrew Yap berkata promosi jualan hebat terbabit adalah peluang terbaik terutama kepada peminat setia BBW yang mungkin terlepas jualan tahunan BBW tahun lalu untuk menikmati tawaran lebih hebat daripada biasa.

“Semua buku cereka, berkulit keras dan lembut dijual pada harga hanya RM5 dan BBW Fire Sale turut menawarkan harga lebih rendah untuk semua genre lain termasuk buku kanak-kanak, seni dan reka bentuk, buku memasak, kesihatan, biografi dan lain-lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 7:25 AM