ADEL, 21. FOTO Astro Gempak
ADEL, 21. FOTO Astro Gempak
Syanty Octavia Amry


Shah Alam: Bagaikan tidak percaya persembahannya yg dikatakan konsisten setiap minggu tidak melayakkan peserta dari Sabah, Adeline Joyce Masidah atau Adel, 21, untuk melangkah ke peringkat akhir.

Bertemakan Remy & Sally pada minggu ke tujuh ini, Adel yang membawakan lagu berjudul Jelingan Manja nyanyian asal Allahyarhamah Puan Sri Saloma begitu memikat juri dan penonton di dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Diketuai oleh juri Raja Azura, Datuk Ramli MS dan juri jemputan Erra Fazira, tujuh lagi peserta masing-masing mempersembahkan lagu-lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Saloma.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Tiada Kata Secantik Bahasa (Aman), Itulah Sayang (Nina), Hanya Dikau (Azwan), Jeritan Batinku (Ewal), Ya Habibi Ali Baba (Zarif), Engkau Laksana Bulan (Nuha) dan Jangan Tinggal Daku (Firman).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 11:51 PM