The Hague: Remaja yang menyerbu masuk sebuah studio televisyen kebangsaan Belanda untuk menuntut diberi peluang muncul dalam siaran rangkaian itu disifatkan terlalu taasub kepada teori konspirasi.

Seorang rakan remaja terbabit berkata, penuntut tahun pertama Universiti Teknikal Delft itu seorang yang pintar tetapi suka menyendiri.

Seorang lagi bekas remaja terbabit memberitahu, dia memiliki imaginasi tinggi dan sering berada dalam dunianya sendiri.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia berminat dengan teori konspirasi yang melibatkan Free Masons dan orde baru dunia,” katanya.

Semalam seorang remaja menyerbu studio rangkaian televisyen NOS di Hilversum sambil membawa sepucuk pistol palsu.

Dia bagaimanapun menyerah dan mencampakkan ‘senjata’ berkenaan sebaik saja diarah polis. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:12 AM