ABDULLAH menunjukkan hidangan istimewa di restorannya iaitu madfoon ayam yang sememangnya cukup menyelerakan.
ABDULLAH menunjukkan hidangan istimewa di restorannya iaitu madfoon ayam yang sememangnya cukup menyelerakan.
KEENAKAN nasi dan kelembutan daging ayam dalam hidangan madfoon ayam cukup menyelerakan .
KEENAKAN nasi dan kelembutan daging ayam dalam hidangan madfoon ayam cukup menyelerakan .
TURKISH Coffee dan mint tea pasti mengujakan.
TURKISH Coffee dan mint tea pasti mengujakan.
Oleh Suliati Asri


Dekorasi menarik dengan mengetengahkan warna hitam dan putih selain dinding diukir khas pereka dalaman yang diterbangkan dari Maghribi untuk memberikan suasana berbeza dan unik.

Ruang yang lebih luas ditambah penyediaan bilik golongan kenamaan (VIP) memberikan restoran ini imej lebih privasi.

Justeru, bagi anda penggemar makanan Arab terutama hidangan madfoon ayam atau kambing, Madfoon Palace di Menara Putrajaya Holding, Percinct 2, Putrajaya adalah lokasi yang paling tepat.

Pengasas Bersama, Madfoon Palace, Abdullah Mohamed Bawazir berkata, restoran itu menyediakan hidangan tradisional dari Yaman.

Beliau berkata, keistimewaan madfoon ialah kelembutan ayam dan kambing yang dimasak dengan api perlahan selama empat jam dan tukang masaknya diterbangkan khas dari Yaman.

"Hidangan madfoon ini cukup menyelerakan kerana ia dimasak menggunakan daging ayam dan kambing yang berkualiti selain rempah ratus asli Yaman.

"Beras basmati dan bawang goreng yang ditaburkan di atas hidangan ini menambahkan aroma hidangan ini," katanya.

Selain madfoon, menu istimewa lain yang mesti dinikmati di restoran itu ialah Zurbain Kambing, kebab dan pelbagai pembuka selera antaranya Muttabal, Grape Leaf serta Fattoush.

Hidangan air menambah kenikmatan, antaranya pelbagai jus negara Arab yang unik dan harus dinikmati antaranya Turkish Coffee iaitu kopi yang ditambah dengan pelbagai herba.

Satu lagi air istimewa di Madfoon Palace ialah mint tea yang memberi kesegaran selepas menjamu selera.

Diusahakan bersama rakan kongsinya, Raja Datuk Azwane Raja Ariff, Madfoon Palace Putrajaya turut menawarkan pelbagai perkhidmatan katering.

"Dengan keluasan restoran yang boleh menampung 250 pelanggan, Madfoon Palace turut dibuka khusus buat mereka yang ingin mengadakan pelbagai majlis.

Justeru, anda penggemar makanan Arab atau anda yang ingin menikmati keenakan makanan istimewa Yaman, Madfoon Palace pastinya tidak mengecewakan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:01 AM