Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Seorang lelaki maut dan dua cedera dalam kemalangan membabitkan lori tanah dan Perodua Kelisa di Jalan Parit Sulong-Yong Peng di Yong Peng, kira-kira 9.30 pagi tadi.

Mangsa yang maut itu belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 30-an adalah penumpang hadapan kereta terbabit.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.49 pagi bagi mengeluarkan mangsa terperangkap dalam kereta yang remuk.

Jurucakap bomba berkata, mangsa yang cedera termasuk pemandu kereta berusia lingkungan 30-an dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

Katanya, pemandu lori yang juga berusia lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 2:10 PM