Kuala Lumpur: Masalah kecederaan merisaukan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong hingga menyaksikan mereka tersingkir awal di Grand Prix (GP) Emas India semalam.

Selepas sembuh kecederaan lutut kiri, V Shem semalam terus dirundung malang apabila lutut kanannya pula membengkak dan gagal memberikan persembahan terbaik ketika tewas kepada beregu tuan rumah Manu Attri-B Sumeeth Reddy 17-21, 19-21.

Jurulatih beregu negara Jeremy Gan berkata, kecederaan V Shem itu menghalangnya bermain seperti biasa kerana sukar bergerak di gelanggang.

“Selepas pulang ke tanah air, dia (V Shem) harus melakukan pemeriksaan dengan ISN (Institut Sukan Negara). Kita harus pastikan dia cepat sembuh,” katanya.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2014 Incheon itu harus melakukan persediaan terbaik tahun ini sebelum memulakan misi untuk mengumpul mata ke Sukan Olimpik 2016 Rio yang bermula Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 7:45 AM