POLIS melihat dadah yang dirampas dalam operasi malam tadi.
POLIS melihat dadah yang dirampas dalam operasi malam tadi.
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang lelaki ditahan bersama satu kilogram dadah jenis heroin dalam sekatan jalan raya di Ayer Keroh, Melaka, 9.15 malam tadi.

Sumber berkata, dadah itu ditemui dalam pemeriksaan rutin Ops Pencegahan Jenayah yang diketuai Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat daerah (IPD) Melaka Tengah Deputi Superintendan V Gunasegaran.

"Operasi bermula 9 malam dilalukan di beberapa lokasi strategik di sekitar Ayer Keroh.

"Dadah itu ditemui dalam kereta dipandu suspek berusia 21 tahun hanya 15 minit selepas operasi dimulakan.

"Dua bungkusan dadah jenis heroin itu ditemui disimpan di bahagian bawah beg pakaian berwarna hitam yang diletakkan di atas tempat duduk belakang kereta terbabit," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakat mengesahkan penemuan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 10:06 AM