GUNASEGARAN memeriksa beg  hitam milik suspek (dua dari kiri) dalam sekatan jalan raya di  Lebuh Ayer Keroh.
GUNASEGARAN memeriksa beg hitam milik suspek (dua dari kiri) dalam sekatan jalan raya di Lebuh Ayer Keroh.
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Polis berjaya mengesan dua pek plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis heroin seberat 897 gram dalam sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki ketika melakukan pemeriksaan dalam Ops Cegah Jenayah di Lebuh Ayer Keroh, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 21 tahun yang memandu kereta Proton Saga bersendirian itu ditahan jam 11 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tambak Paya, Ayer Molek di sini, dipercayai dari Pulau Pinang.

Dalam Operasi Cegah Jenayah yang diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah Deputi Superintendan V Gunasegaran itu, lelaki terbabit ditahan kerana didapati membawa dadah hampir satu kilogram yang diletakkan dalam beg pakaiannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, polis membuat pemeriksaan terhadap kenderaan di kedua-dua hala laluan di antara Plaza Tol Ayer Keroh dan Persimpangan MITC.

"Suspek yang memandu kereta Proton Saga BLM sendirian ditahan dalam sekatan jalan raya berhampiran sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas kenderaan dan badannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 6:07 AM