Anggota bomba memadam kebakaran di stor kilang perabut  di Jalan Changkat, Nibong Tebal, petang tadi. FOTO Danial Saad
Anggota bomba memadam kebakaran di stor kilang perabut di Jalan Changkat, Nibong Tebal, petang tadi. FOTO Danial Saad
Oleh Azma Razana Johari

Nibong Tebal: Sebahagian stor kilang perabot di Jalan Changkat, di sini musnah dalam kebakaran 5.20 petang tadi.

Difahamkan, kebakaran membabitkan struktur bangunan, lapan unit mesin kayu, dan hampas sawit.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.27 petang.

Katanya, kebakaran disedari pekerja kilang berkenaan yang kemudian menghubungi bomba.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 9:44 PM