MANGSA (gambar keecil) dikatakan diseret kenderaan terbabit beberapa meter. FOTO Rosli Ilham
MANGSA (gambar keecil) dikatakan diseret kenderaan terbabit beberapa meter. FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham


Dungun: Seorang penggali kubur maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kilometer 97.7 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, di sini, 9.45 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Othman Che Wan Ghani, 58, dari Kampung Limbong, di sini, dalam perjalanan ke Pasar Paka dan setibanya di persimpangan lampu isyarat, motosikal ditunggangnya dirempuh kereta terbabit yang datang dari arah Dungun ke Paka.

Mangsa dikatakan diseret kenderaan terbabit beberapa meter dan mengalami kecederaan parah di kepala serta cedera di beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu kereta yang berusia 30 tahun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 2:29 PM