Kuala Lumpur: SP Setia melancarkan projek perumahan terbaru di Setia Alam dengan mencatatkan jualan 100 peratus bagi unit yang ditawarkan.

Pengurus Besar Bahagian Hartanahnya, Tan Hon Lim berkata, projek berkenaan yang terletak di Presint 11, Setia Alam menawarkan kediaman teres tiga tingkat dan semi-D tiga tingkat.

“Projek berkenaan dilancarkan Ahad lalu dengan kadar tempahan bagi Caffra adalah 100 peratus dan Serrata adalah 95 peratus pada hari ia dilancarkan,” katanya.

Menurutnya, kediaman teres tiga tingkatnya iaitu Caffra ditawarkan sebanyak 100 unit manakala kediaman semi-D tiga tingkatnya, Serrata ditawarkan sebanyak 44 unit.

Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM783,000 bagi Caffra manakala, Serrata (RM1.13 juta).

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan melangkaui jangkaan kami. Ia berikutan jenama kukuh yang dibina oleh SP Setia sejak lebih 10 tahun dalam industri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 5:05 AM