KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan.
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan.
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Batu Pahat: Dua pemandu kereta maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 5, Jalan Yong Peng- Parit Sulong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang memandu Proton Satria, Zainal Sarbini, 53, dan pemandu Proton Iswara, M Ravindran, 38, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Satria, Proton Iswara dan sebuah Toyota Hilux.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Satria terbabit cuba memotong kenderaan lain yang berada di depannya sebelum bertembung dengan Proton Iswara yang berada dari arah bertentangan.

"Dalam masa sama, Toyota Hilux yang berada dari arah sama Proton Iswara tidak sempat mengelak dan melanggar kedua-dua kereta terbabit namun pemandu Toyota Hilux itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 11:32 AM