ANGGOTA bomba (atas bumbung) berusaha memadamkan kebakaran sebuah bangunan di utara Seoul, semalam.
ANGGOTA bomba (atas bumbung) berusaha memadamkan kebakaran sebuah bangunan di utara Seoul, semalam.

Seoul: Tiga orang terbunuh dan lebih 100 cedera dalam satu kebakaran sebuah bangunan apartmen di utara Seoul, semalam.

Angka kematian mungkin meningkat memandangkan tujuh daripada yang cedera, parah.

"Tiga orang disahkan mati dan 101 lagi cedera," kata Datuk Bandar Ahn Byeong-Yong kepada wartawan.

Menurutnya, 175 orang tinggal di bangunan 10 tingkat itu.

Kebakaran dipercayai bermula di sebuah peti pos di tingkat bawah dan merebak, menyebabkan spekulasi ia mungkin perbuatan khianat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:10 AM