Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Seramai 393 individu ditahan membabitkan 338 kes pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bermula 1 sehingga 8 Januari tahun 2015.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, tangkapan itu juga membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta.

Menurutnya, antara dadah yang berjaya dirampas adalah jenis syabu, pilerimin, heroin, ecstacy, ketamin, ganja dan pil yaba.

"Selain itu, JSJN Kuala Lumpur juga berjaya menyita sebuah kereta Toyota Wish dan wang tunai sebanyak RM141,632 hasil daripada semua tangkapan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, pihak JSJN sentiasa memantau kawasan yang dikenalpasti sebagai lokasi panas membabitkan kes dadah dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 12:59 PM