AZALINA (kanan) diiringi Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Jalil Marzuki melancarkan Jelajah MyDi. FOTO Bernama
AZALINA (kanan) diiringi Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Jalil Marzuki melancarkan Jelajah MyDi. FOTO Bernama
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Jabatan Insolvensi Malaysia memperkenalkan aplikasi MyDI yang boleh dimuat turun 11 Mei ini bagi memudahkan untuk membuat semakan status muflis individu atau syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, aplikasi berkenaan secara khusus dapat membantu dan memberi ruang lebih mudah kepada orang awam berurusan dengan jabatan itu secara dalam talian sekaligus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan.

"Dengan adanya kemudahan ini, orang ramai tidak perlu lagi datang ke pejabat atau menghubungi jabatan ini bagi mengetahui semakan status muflis mereka kerana boleh dibuat menggunakan aplikasi pada telefon pintar.

"Ini adalah fasa pertama dan untuk fasa kedua, pelbagai lagi usaha akan dibuat menjurus kepada sistem pelaksanaan yang efektif," katanya pada sidang media selepas pelancaran aplikasi MyDI di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut merasmikan Jelajah Rang Undang-Undang Kebankrapan Pindaan (2016) yang turut bermula pada 11 Mei ini.

Katanya, jelajah berkenaan bertujuan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai perubahan dasar dalam pindaan akta itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 5:32 PM