PERWAKILAN mendengar ucapan perbahasan semalam. FOTO Amran Hamid
PERWAKILAN mendengar ucapan perbahasan semalam. FOTO Amran Hamid
Hairulazim Mahmud dan Aizat Sharif


Alor Setar: Majlis Syura Ulama akan bersidang secepat mungkin bagi membuat keputusan berkaitan tahaluf siyasi antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Setiausahanya Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Beliau berkata, PAS sebagai parti yang bertunjangkan siasah syariiyah sebelum ini membuat keputusan berkaitan tahaluf siyasah berasaskan Islam.

"Majlis Syura Ulama akan bermesyuarat secepat mungkin bagi merungkaikan kekusutan ahli-ahli berkaitan tahaluf berkenaan," katanya semasa sesi penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini, hari ini.

Sebelum itu, muktamar meluluskan sebulat suara usul memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR selepas parti secara konsisten melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi.

Usul berkenaan dibawa secara bersama oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda yang diluluskan sebelum itu pada sidang muktamar masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 4:30 PM