SAFIQ (kiri) ketika saingan Liga Super pada 15 April. Safiq mengetuai pemain Johor DT menandatangani Ikrar Bebas Rasuah. FOTO arkib NSTP
SAFIQ (kiri) ketika saingan Liga Super pada 15 April. Safiq mengetuai pemain Johor DT menandatangani Ikrar Bebas Rasuah. FOTO arkib NSTP
Omar Ahmad


Johor Bahru: Seramai 41 pemain dan pegawai kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dirangka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, semalam.

Langkah itu bagi menzahirkan komitmen untuk memastikan pasukan berkenaan bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Johor, Datuk Ismail Karim berkata, kerjasama dengan SPRM itu menyaksikan semua pemain dan pegawai menandatangni IBR untuk memenuhi hasrat dan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya kelab ini mempunyai integriti dan bebas rasuah.

"Ini menjadikan JDT sebagai pasukan bola sepak pertama di selatan tanah air menandatangani IBR.

"Pada majlis itu, Kapten JDT, Syafiq Rahim mengetuai upacara melafaz dan menandatangani IBR disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Malaysia, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 4:11 PM