NIKITA Golubev mula terkenal selepas gambar buaya yang dilukis pada badan lori ini tular di Internet.
NIKITA Golubev mula terkenal selepas gambar buaya yang dilukis pada badan lori ini tular di Internet.
IMEJ wajah gorila yang menghiasi pintu belakang sebuah van.
IMEJ wajah gorila yang menghiasi pintu belakang sebuah van.
 SEPASANG tangan dan tulisan rangkap doa penganut Kristian.
SEPASANG tangan dan tulisan rangkap doa penganut Kristian.
WALAUPUN tidak banyak habuk, Golubev mampu menghasilkan imej ikan jerung pada sebuah kereta BMW yang diletakkan di tepi jalan ini.
WALAUPUN tidak banyak habuk, Golubev mampu menghasilkan imej ikan jerung pada sebuah kereta BMW yang diletakkan di tepi jalan ini.
 IMEJ burung hantu yang merenung tajam yang dilukis di belakang sebuah lori kecil.
IMEJ burung hantu yang merenung tajam yang dilukis di belakang sebuah lori kecil.
GOLUBEV tidak hanya menggunakan tema hitam dan putih sahaja apabila melukis gambar bunga berwarna biru ini.
GOLUBEV tidak hanya menggunakan tema hitam dan putih sahaja apabila melukis gambar bunga berwarna biru ini.
LUKISAN beberapa orang bermain luncur ombak pada badan lori.
LUKISAN beberapa orang bermain luncur ombak pada badan lori.
Agensi

Seorang pelukis Russia menggunakan bakatnya untuk menghasilkan karya seni pada kereta dan van yang kotor dan berhabuk.

Sepanjang dua minggu lalu, Nikita Golubev menghabiskan masa menghasilkan pelbagai lukisan, termasuk gorila, ikan yu dan peluncur air, sama ada di belakang atau tepi kenderaan di Moscow, proses yang dia namakan dirtpainting (lukisan kekotoran).

Dalam dirtpainting, Golubev hanya memerlukan kenderaan yang kotor atau berhabuk untuk menjadi kanvas lukisannya.

Dia kemudian menggunakan berus atau jarinya dengan melukis kotoran di badan kenderaan untuk menghasilkan imej luar biasa.

Artis berbakat itu belajar sendiri untuk melukis menggunakan jari dan berus bagi menghasilkan karya seninya yang boleh dipadamkan sekelip mata dengan hanya mengelapnya.

Daripada gambar sepasang tangan yang berdoa hinggalah renungan tajam burung hantu pada belakang pintu sebuah van, luahan kreativiti Golubev tidak ada hadnya.

Dia kadangkala meminta kebenaran pemandu untuk melakukan kerjanya.

Ada masanya dia terus sahaja melukis pada kenderaan yang terletak di tepi jalan raya.

Golubev yang menandatangani setiap hasil karyanya dengan nama ‘ProBoyNick,’ berkata, dia mahu melukis sepanjang hayatnya.

Pelukis itu yang dilahirkan pada 1981 menjadi popular selepas gambar buaya menakjubkan yang dilukisnya sepanjang sisi sebuah trak tular.

Sejak itu, dia menarik lebih 100,000 peminat di Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 5:10 AM