RUTIN pekebun bonsai di Omiya.
RUTIN pekebun bonsai di Omiya.
RUMIYA memberi penerangan mengenai bonsai kepada kumpulan media.
RUMIYA memberi penerangan mengenai bonsai kepada kumpulan media.
KUMPULAN media melihat kebun bonsai penduduk.
KUMPULAN media melihat kebun bonsai penduduk.
KELAS menanam bonsai turut dianjurkan pekebun bonsai Omiya.
KELAS menanam bonsai turut dianjurkan pekebun bonsai Omiya.
BONSAI dipamer di Muzium Seni Bonsai Omiya.
BONSAI dipamer di Muzium Seni Bonsai Omiya.
BONSAI Japanese Five  Needle Pine.
BONSAI Japanese Five Needle Pine.
BONSAI yang ditanam pengusaha yang juga penduduk Omiya.
BONSAI yang ditanam pengusaha yang juga penduduk Omiya.
JAPANESE Juniper.
JAPANESE Juniper.
Shariffudin Mohamed


Bonsai bagi saya pokok hiasan yang dikerdilkan hasil kerja tradisional rakyat Jepun. Tidak lebih daripada itu.

Pengetahuan mengenainya juga sangat terbatas.

Jadi apabila dipelawa mengunjungi Muzium Seni Bonsai Omiya di Saitama, Tokyo, dalam lawatan media Malaysia baru-baru ini, saya tidaklah ghairah untuk melihat bonsai.

Sepanjang perjalanan dengan kereta api dari Tokyo ke bandar Saitama selama sejam bermain-main di fikiran apa yang boleh dipelajari mengenai pokok kerdil ini.

Dalam suasana kedinginan pada penghujung musim sejuk ini, tidaklah minat untuk saya melihat pokok yang hanya tinggal rangka dan kekeringan.

Setiba di muzium itu selepas berjalan selama 15 minit dari stesen kereta api, kami disambut mesra oleh pegawai muzium Hiroaki Hashimoto dan kurator bonsai Rumiko Ishida.

Muzium itu satu-satunya muzium terbuka mempamerkan seni bonsai Jepun di dunia tetapi bangunannya tidak menggambarkan reka bentuk sebuah muzium.

Ternyata Rumiko kurator yang berpengetahuan luas dalam bidang bonsai membuatkan perasaan ingin tahu saya mengenai bonsai semakin bertambah melalui taklimat bersahajanya.

Bonsai bermakna menanam dalam pasu, bagaimanapun dalam masyarakat Jepun ia satu seni yang mencerminkan kebudayaan tradisional negara matahari terbit itu.

Dibuka pada Mac 2010, muzium ini banyak mempamerkan koleksi milik mendiang Reiji Takagi, seorang ahli perniagaan terkemuka dan peminat bonsai selain mengumpul, mempromosi dan menjalankan penyelidikan berkaitan bonsai.

Sebaik memijak ruang pameran, mata terus memandang satu persatu hasil karya masyarakat Jepun itu sambil mendengar penerangan Rumiko.

Lebih 120 pelbagai jenis bonsai dipamerkan, termasuk bonsai dalam pasu atau bonki, pasu bonsai, batu hiasan, lukisan dan bahan sejarah seni bonsai.

Memang cantik bonsai ini yang dicipta dengan penuh teliti dan dijaga rapi.

Dengan cahaya lampu menyerlahkan lagi kecantikannya, apatah lagi yang berwarna kemerahan dan kekuningan.

Ada juga bonsai berusia puluhan tahun, namun nampak seolah-olah baru ditanam setahun dua.

Di Taman Bonsai pula pengunjung boleh melihat kira-kira 60 tumbuhan itu secara lebih dekat dan dari pelbagai sudut yang diminati.

Di sini ada bonsai gergasi bernama Chiyo no matsu atau dalam bahasa Malaysia, Lima jarum pine Jepun dan yang paling unik beberapa bonsai sudah berusia 800 hingga 1,000 tahun.

Berdekatan muzium ini, Kampung Bonsai Omiya menjadi tempat penghuninya menanam bonsai sekeliling rumah bukan sahaja untuk perhiasan malah dijual.

Kampung ini yang terkenal di seluruh dunia turut didatangi peminat bonsai dari dalam dan luar negara untuk belajar menanam bonsai kendalian pakar tempatan.

Mengunjungi Muzium Seni Bonsai Omiya dan Kampung Bonsai Omiya membawa saya satu pengembaraan masa melihat hasil seni bonsai Jepun yang menakjubkan.

Mengekalkan karya tradisional mereka seperti seni bonsai menjadikan masyarakat Jepun dihormati dan disegani dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 4:54 AM