DARI awal komitmen semua pihak yang terbabit sangat membanggakan.
DARI awal komitmen semua pihak yang terbabit sangat membanggakan.
MASING-masing berganding bahu menyiapkan Projek Teratak Semai.
MASING-masing berganding bahu menyiapkan Projek Teratak Semai.
SETIAP bahagian diperincikan sepenuhnya.
SETIAP bahagian diperincikan sepenuhnya.
RANGKA kediaman yang dibina secara bergotong-royong.
RANGKA kediaman yang dibina secara bergotong-royong.
Hartini Mohd Nawi

Konsep pembinaan kediaman sendiri atau ‘self-build housing’ turut membabitkan teknik kemahiran pertukangan kayu atau tradisional digabungkan dengan kaedah moden.

Ternyata Projek Teratak Semai memanfaatkan komuniti Orang Asli di tiga perkampungan di Tapah, Perak peluang mempelajari teknik baru itu.

Sementara sukarelawan membabitkan staf, siswa dan alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendekati ilmu pertuka­ngan dan penghasilan kraf tangan tradisional komuniti berkenaan.

Dalam usaha memberikan kefahaman lebih menyeluruh, pihak Jabatan Senibina UPM turut menyediakan brosur bagi pejabat ADUN Chenderiang untuk mewar-warkan kepada komuniti Orang Asli di kawasan itu berkenaan pembinaan konsep kediaman sendiri.

Menurut penyelidik Projek Teratak Semai, Dr Wan Srihani Wan Mohamed konsep itu bukan saja dapat menghasilkan kediaman dengan kos yang lebih ekonomi berbanding kaedah konvensional, malah ia lebih dari itu.

“Di samping meningkatkan peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat menerusi kemahiran bertukang.

“Uniknya konsep pembinaan kediaman sendiri ini memberi peluang kepada pemilik kediaman atau komuniti Orang Asli untuk sama-sama berkongsi idea demi keselesaan sepanjang masa.

“Sekali gus konsep itu dapat memberi otonomi kepada pemilik dalam mereka bentuk ruang kediaman mengikut kehendak setiap keluarga,” katanya.

Penggunaan sumber alam daun bertam yang dianyam khususnya ketika Projek Teratak Semai 3.0 di Kampung Batu 5 nyata menampilkan keunikan tersendiri.

Ikatan silaturahim juga terjalin erat sejak perancangan, proses pembinaan hingga kediaman benar-benar sedia untuk didiami.

“Dari awal lagi sukarelawan dan komuniti Orang Asli sama-sama berganding bahu menyiapkan kediaman itu hingga ia siap sepenuhnya.

“Semua yang dilalui adalah pengalaman sangat bermakna dan saya sendiri berpeluang menganyam bertam untuk dinding kediaman mereka.

“Ia tidak semudah yang disangka kerana kerja seni (anyaman) ini memerlukan ketelitian dan benar-benar fokus,” katanya.

Lebih melengkapkan pengalaman apabila tapak projek itu menjadi tempat tinggal sementara sukarelawan sepanjang pembinaan dijalankan.

Syarikat dan organisasi yang terlibat dalam pembinaan Teratak Semai di Kampung Batu 16 , 17 dan Kampung Batu 5.

• Pejabat ADUN Chenderiang

• Komuniti Orang Asli Tapah

• Persatuan Perubatan Malaysia (MAA)

• Prestariang Sdn Bhd

• Bayer Material Science

• D’Aura Group

• Lhoist (M) Sdn Bhd

• Persatuan Industri Binaan Bumiputera (PIBB)

• Majlis Bandaraya Ipoh (Unit Bantuan Bencana Alam)

• Rotary Shah Alam

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 7:28 AM