MAYAT mangsa ditemui tertiarap. FOTAO ihsan polis
MAYAT mangsa ditemui tertiarap. FOTAO ihsan polis
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Limbang: Lelaki maut selepas dihempap dahan ketika menebang balak di kawasan kem Goodwood, Jalan Kubong, di sini, semalam.

Mangsa warga Filipina, Joiney Carbajosa, 46, ditemui mati oleh rakan sekerjanya kira-kira 12 tengah hari ketika mencari mangsa untuk makan tengah hari.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan berlumpur di sebalik timbunan dahan balak.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya itu memulakan kerja penebangan balak di kawasan berkenaan kira-kira 8 pagi dan berhenti seketika untuk makan tengah hari.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Limbang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada syarikatnya bekerja bagi pengurusan pengebumian.

"Polis menerima laporan mengenai kejadian daripada rakan sekerja mangsa 11 malam tadi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 2:56 PM