Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berucap ketika Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS kali ke-57 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. FOTO Azhar Ramli

Aizat Sharif

Alor Setar: Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Ke-58 yang sepatutnya disambung 2.30 petang hari ini ditangguhkan hingga ke jam 8 malam ini berikutan kerosakan alat penghawa dingin.

Penangguhan berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Kamal Ashaari selepas dimaklumkan berlaku kerosakan pada alat berkenaan.

"Selepas mengambil kira keadaan yang panas dan kurang selesa, kita bersepakat menangguhkan sebentar sidang ini sehingga 8 malam ini.

"Perwakilan diminta kembali semula ke dewan untuk sidang pada malam nanti," katanya ketika mengumumkan perkara itu di sini.

Penghawa dingin mula menunjukkan masalah sekitar 1 tengah hari ketika perwakilan sedang berehat.

Keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan perwakilan yang berada dalam dewan disebabkan suhu berbahang dan panas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 6:00 PM