FOTO Hassan Omar
FOTO Hassan Omar
Hassan Omar


Alor Gajah: Buaya air masin sepanjang kira-kira tiga meter muncul lagi di pantai Pengkalan Balak dan Telok Gong, Masjid Tanah, dekat sini, lewat petang semalam.

Reptilia tu dilihat timbul di permukaan laut pada kira-kira 6 petang, 300 meter dari pantai Pengkalan Balak.

Ia kemudian berenang ke pantai Telok Gong dan hilang dalam laut pada 6.50 petang.

Reptilia itu dipercayai buaya yang sama timbul di kawasan terbabit, awal April ini, namun tidak menyerang manusia.

Tinjauan Harian Metro di kedua-dua pantai itu mendapati orang ramai berpusu-pusu di tepi pantai untuk menyaksikan buaya berkenaan dengan lebih dekat.

Bagaimanapun, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kemudian mengarahkan orang ramai, khusus yang mandi-manda di kawasan itu supaya naik ke darat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 8:46 AM