AMIRUL berselfie bersama kanak-kanak pelarian Syria. Gambar kanan, ketika Misi Bantuan Musim Sejuk di Idlib. FOTO Ihsan Malaysian Life Line For Syria
AMIRUL berselfie bersama kanak-kanak pelarian Syria. Gambar kanan, ketika Misi Bantuan Musim Sejuk di Idlib. FOTO Ihsan Malaysian Life Line For Syria
Aizuddin Saad di Gaziantep dan Turki


Gaziantep: Senapang H&K G3 diacu tepat ke muka oleh Jandarma (tentera sempadan Turki), dilempang, disepak serta dipukul dengan kayu cota, dihumban ke dalam trak bersama pelarian Syria serta dipenjarakan seminggu.

Itu antara dugaan ditempuh aktivis Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan untuk pelarian Syria di sempadan Turki-Syria awal Januari lalu.

Namun begitu segala dugaan itu tidak mematahkan semangat aktivis MLLFS untuk terus membantu rakyat Syria yang terperangkap dalam konflik bersenjata.

“Pengalaman kali pertama kali ditangkap ketika cuba melepasi sempadan Syria-Turki dari Idlib melalui ‘jalan tikus’ itu tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus membantu saudara Syria yang sedang menderita,” kata Eksekutif Perhubungan Awam MLLFS Amirul Asraf Mat Arif, 28.

Bantuan Syria anjuran Malaysia Life Line For Syria berterusan dan orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank (564810513971) atau Bank Islam (14210010009882) atau ke akaun Salam Suriah Resources di akaun CIMB (8602041215).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 4:35 AM