PUTERA  Ali (kiri) bakal cabar Blatter.
PUTERA Ali (kiri) bakal cabar Blatter.

Amman: Pemimpin bola sepak Eropah menyokong usaha Naib Presiden FIFA, Putera Ali Al Hussein mencabar Sepp Blatter bagi jawatan utama badan induk bola sepak yang penuh skandal itu.

Kerabat diraja Jordan berusia 39 tahun itu berkata, beliau akan berusaha menamatkan “kontroversi” apabila cuba menghalang Blatter daripada memegang jawatan presiden bagi penggal kelima pada pemilihan FIFA 29 Mei ini.

Putera Ali adalah sekutu Presiden UEFA, Michel Platini, yang mengkritik secara terbuka tindakan Blatter untuk terus berkuasa.

Putera itu mungkin mendapat undi penuh daripada 54 ahli gabungan Eropah pada pemilihan itu, namun berdepan tugas getir mengumpul 105 undian diperlukan daripada 209 ahli persekutuan FIFA.

“Saya amat kenal dengan Putera Ali. Beliau mempunyai kredibiliti diperlukan untuk memegang jawatan ini,” jelas Platini.

“Kini kami menunggu cadangan dan programnya mengenai masa depan bola sepak.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:39 AM