Polis menutup kawasan sekitar lokasi kejadian di Champs Elysees, Paris dan gambar kanan, kereta yan digunakan penyerang sedang diperiksa polis. - Foto Reuters
Polis menutup kawasan sekitar lokasi kejadian di Champs Elysees, Paris dan gambar kanan, kereta yan digunakan penyerang sedang diperiksa polis. - Foto Reuters
Agensi

Paris: Polis kini memburu penyerang kedua selepas menembak mati penyerang yang membunuh seorang anggota polis dan mencederakan dua lagi dengan tembakan raifal Kalashnikov di tengah Paris, malam tadi (awal pagi waktu Malaysia) - tiga hari menjelang pilihan raya presiden Perancis.

Penyerang yang berada dalam kereta melepaskan tembakan ke arah bas polis yang berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum lelaki itu mati ditembak polis.

Reuters melaporkan kumpulan militan Negara Islam (IS) mengambil kesempatan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu dan Presiden Francois Hollande berkata, beliau yakin serangan di Champs Elysees itu adalah tindakan pengganas.

Menurut Daily Mail, akhbar Perancis, Le Parisien, menyatakan penyerang itu dikenali sebagai Karim C, 39, yang pernah dipenjara 20 tahun kerana cuba membunuh polis pada 2001.

Lelaki dilahirkan di Perancis itu dilaporkan pernah membuat ancaman mahu membunuh polis melalui aplikasi Telegram,

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 7:39 AM