Azlan Muhammad Zain


Nilai: Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang diberikan penghormatan sebagai atlet pertama mencuba trek Velodrom Nasional di Nilai, sebentar tadi.

Juara dunia keirin itu melakukan kayuhan secara bersendirian sebelum disertai beberapa pelumba negara yang lain.

"Ia satu penghargaan yang besar kepada saya apabila menjadi pelumba pertama mencuba trek veledrom ini.

"Lebih bermakna kerana tandatangan saya berada di kayu pada garisan permulaan dan penamat. Ia memori indah sukan berbasikal apabila saya bersara nanti," katanya.

Velodrom yang bakal digunakan pada Sukan SEA Ogos nanti kini 96 peratus siap .

The Pocket Rocketman turut akan beraksi pada temasya dwitahunan itu nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 7:26 PM
AZIZULHASNI (lima kiri) bersama atlet berbasikal negara menjalani latihan ringan dan meninjau keadaan Velodrom Nasional. FOTO Iqmal Haqim Rosman
AZIZULHASNI (lima kiri) bersama atlet berbasikal negara menjalani latihan ringan dan meninjau keadaan Velodrom Nasional. FOTO Iqmal Haqim Rosman
AZIZULHASNI pertama kali menjalani latihan di Velodrom Nasional. FOTO Iqmal Haqim Rosman
AZIZULHASNI pertama kali menjalani latihan di Velodrom Nasional. FOTO Iqmal Haqim Rosman