NABILA galas tugas mencabar jayakan watak utama dalam Hikayat Si Pematah Hati.
NABILA galas tugas mencabar jayakan watak utama dalam Hikayat Si Pematah Hati.

Penyanyi Nabila Razali yang popular menerusi lagu Cemburu mengembangkan bakat dalam bidang lakonan apabila dilamar menjayakan drama Hikayat Si Pematah Hati (HSPH) yang bakal bersiaran di Astro Ria.

Nabila, 25, yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia (AF 2013) mengakui mahu fokus terhadap kerjaya lakonan memandangkan peluang tidak datang selalu.

“Selepas keluar AF, keutamaan saya adalah menyanyi. Tetapi, kini saya mahu fokus lakonan pula. Insya-Allah jika tertulis rezeki saya dalam bidang ini, saya akan teruskan. Bagi saya peluang bukan selalu ada, jadi perlu manfaatkan sebaik-baiknya.

“Lagipun, selagi orang perlukan kita, tak salah mencuba. Berlakon tak bermakna saya tinggalkan bidang nyanyian. Kalau boleh saya mahu dua kerjaya ini bergerak seiring. Bagaimanapun, bergantung kepada rezeki,” katanya.

Menurut Nabila, drama lakonan bersama Alif Satar itu bukanlah percubaan pertama dalam bidang lakonan kerana sebelum ini pernah terbabit dalam dua telefilem berjudul Bibikku Nak Kahwin (2013) dan Ustaz Baru Nak Start (2015).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 2:56 AM