YASMIN bersyukur suami ringan tulang bantu urus anak.
YASMIN bersyukur suami ringan tulang bantu urus anak.
Ridzuan Abdul Rahman


Kesibukan melayan dua anak, Noah Ismail Wong, 4, dan Eissa Elzander Wong, 4 bulan, bukan penghalang buat pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson untuk terus aktif dalam seni.

Yasmin, 38, mengakui beruntung kerana mempunyai pembantu yang baik dan mahir menguruskan mereka, sekali gus dapat melancarkan perjalanan seninya.

“Alhamdulillah pembantu sangat menyayangi anak saya. Kebetulan juga Noah dan Eissa tak banyak kerenah dan mudah diuruskan.

“Saya juga dapat sokongan kuat daripada suami, Sha’arin Mohammed Razali Wong yang ringan tulang membantu sekiranya saya sibuk. Dia jaga anak sulung, manakala pembantu pula jaga yang kedua,” jelasnya kepada BLING!

Menurut Hani, sekiranya terpaksa bergerak awal ke lokasi, pembantu akan mengambil alih tempatnya untuk tidur bersama anak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2017 @ 7:31 AM