Seramai 43 lelaki Indonesia dipercayai cuba menyeludup keluar secara haram ditahan di pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam. - Foto Ihsan PASUKAN POLIS MARIN
Seramai 43 lelaki Indonesia dipercayai cuba menyeludup keluar secara haram ditahan di pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam. - Foto Ihsan PASUKAN POLIS MARIN
Mohd Sabran Md

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 43 lelaki Indonesia dipercayai cuba menyeludup keluar secara haram dalam Ops Landai PPM Pengarang di pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semua pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 21 hingga 53 tahun itu ditahan pada 8 malam.

“Pemeriksaan mendapati semua mereka mengaku secara lisan mahu pulang ke Indonesia menggunakan bot pancung.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen sah," katanya.

Mereka dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 1:23 PM