MANGSA diselamatkan anggota Bomba dan diberi rawatan. FOTO ihsan Bomba
MANGSA diselamatkan anggota Bomba dan diberi rawatan. FOTO ihsan Bomba
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Empat pelancong cedera manakala lima yang lain selamat selepas bot dinaiki melanggar beting pasir di perairan berhampiran Pasir Bogak, Pulau Pangkor, malam tadi.

Dalam kejadian 11.10 malam itu, mangsa cedera termasuk pelancong warga Korea Selatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor menerima panggilan kecemasan pada 11.20 malam memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba anggota mendapati, bot pelancong mengalami kerosakan selepas dipercayai mengalami kemalangan melanggar beting pasir di kawasan Pasir Bogak.

Menurutnya, perlanggaran itu dipercayai mengakibatkan empat daripada sembilan pelancong berada di dalam bot itu mengalami kecederaan.

"Anggota kemudiannya memindahkan mangsa dan membawa mereka ke persisir pantai sebelum menyerahkannya kepada petugas perubatan.

"Empat mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum operasi ditamatkan pada 12.27 tengah malam," katanya.

FOTO ihsan Bomba

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 7:48 AM