Rosdi melihat keadaan treler yang remuk akibat kemalangan itu. FOTO ihsan bomba
Rosdi melihat keadaan treler yang remuk akibat kemalangan itu. FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Seorang petugas Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) maut dilanggar treler yang terbabas di Kilometer 422.8 Lebuhraya Utara Selatan dekat Plaza Tol Bukit Tagar arah utara di sini, 8 pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Mohd Shahrom Din, 33, bersama pekerja lain sedang bertugas sebelum dilanggar treler yang turut merempuh lori lain.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Rosdi Shafie berkata, sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan jenazah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 11:34 AM