TERTUDUH (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi. FOTO Amir Irsyad Omar
TERTUDUH (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi. FOTO Amir Irsyad Omar
Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian wanita.

Tertuduh , Muhd Farizan Awang 39 tahun mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shamsol Azwa Martadza.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 151.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat susur keluar Bukit Tambun pada 4.20 pagi semalam.

Bagi pertuduhan itu dia dakwa mengikut seksyen 41 ( 1) AktaPengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Mohd Farizan dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan ikat jaminnya dengan alasan perlu menjaga isterinya yang tidak bekerja dan mempunya tiga orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM 8,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung sehingga selesai kes.

Kes disebut semula 4 Mei depan.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi semalam, seorang wanita Norazah Azizan,29, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 20 lagi cedera selepas bas dinaiki mereka dari Kuala Lumpur menuji ke Butterworth terbalik selepas merempuh pembahagi jalan di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 10:50 AM