KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Seramai 31 individu terbabit anasir militan dan pengganas ditahan di negara ini dari Januari lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, untuk rekod seramai 537 individu ditahan sejak 2001.

"Dalam mendepani ancaman militan, polis berjaya mengumpul risikan keselamatan, bagi mengelakkan negara kita mengalami nasib yang sama dengan negara yang menjadi kekejaman terrorisme.

"Tahun ini kita mencatatkan beberapa tangkapan baru, di mana sehingga semalam seramai 31 orang ditangkap," katanya dalam ucapan sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-210 di Pulapol Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Terdahulu Khalid mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memeriksa perbarisan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 11:35 AM