Anggota bomba dan penyelamat menemui mayat mangsa di dasar tasik. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba dan penyelamat menemui mayat mangsa di dasar tasik. FOTO Ihsan Bomba
Norizuan Shamsuddin


Sungai Buloh: Mekanik kenderaan kelab golf, di sini, lemas selepas tergelincir ke dalam tasik ketika mahu mengambil beg pemain golf yang jatuh, 10 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya, sepasukan anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi pada jam 10.20 pagi.

“Apabila tiba di lokasi, anggota dimaklumkan mekanik buggy golf terjatuh ke dalam tasik.

“Usaha mencari dan menyelamat dilakukan dengan membuat teknik rentangan tali di permukaan dan selaman tanpa penggunaan set scuba.

“Mangsa berjaya dijumpai di dasar tasik terbabit dan mayat diserahkan kepada pihak hospital bedah siasat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 6:25 PM