Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Saiful Hisyam Md Salleh

Kanem: Pengorbanan bukan minta disanjung. Itu jiwa kental dipamerkan sukarelawan Muslim Care (MC) Malaysia yang nekad merentasi gurun gersang digelar jantung mati Afrika bagi membela nasib saudara seagama ditimpa musibah kebuluran.

Mereka nekad mengharungi gurun sejauh hampir 400 kilometer untuk sampai ke kawasan pedalaman dihuni penduduk Islam di perkampungan Wadjigui dan Miliya di sini.

Misi disifatkan amat mencabar berikutan dua kenderaan pacuan empat roda dinaiki perlu mengharungi bukit-bukau berpasir serta kawasan tandus di selatan gurun Sahara.

Perjalanan mengambil masa lebih lapan jam itu perlu melepasi terlebih dahulu tujuh pos keselamatan dikawal pihak tentera lengkap bersenjatakan rifel AK-47.

Wartawan yang menyertai misi kemanusiaan di bumi Afrika ini turut merasai keperitan untuk tiba ke destinasi bumi mati berkenaan yang mengambil masa dua hari perjalanan pergi dan pulang dari ibu negara Chad, N’Djamena.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 9:04 AM
KENDERAAN yang digunakan  untuk merentas padang pasir. Gambar kanan, keadaan kanak-kanak di pendalaman Chad yang hidup dalam kedaifan dan terdedah kepada penyakit berjangkit. FOTO Ihsan pembaca
KENDERAAN yang digunakan untuk merentas padang pasir. Gambar kanan, keadaan kanak-kanak di pendalaman Chad yang hidup dalam kedaifan dan terdedah kepada penyakit berjangkit. FOTO Ihsan pembaca