Jasad mangsa kemalangan di Singapura, Loke Whay Nam, 50, dibawa masuk ke krematorium  Persekutuan Tiong Hua, di Johor Bahru pada 5.40 petang hari ini. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN
Jasad mangsa kemalangan di Singapura, Loke Whay Nam, 50, dibawa masuk ke krematorium Persekutuan Tiong Hua, di Johor Bahru pada 5.40 petang hari ini. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Mayat mangsa kemalangan di Singapura, Loke Whay Mam, 50, tiba di krematorium Persekutuan Tiong Hua di Johor Bahru pada 5.40 petang hari ini.

Loke seorang daripada dua mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan kira-kira sembilan motosikal dan sebuah van di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) Singapura pada 3.50 petang semalam.

Mayat Loke dituntut keluarganya selesai proses bedah siasat di Blok 9, Rumah Mayat di Health Sciences Authority (HSA) di Singapura dan dibawa ke Johor Bahru.

Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian berkenaan adalah Lim Chun Hong, 34, dan difahamkan mayatnya juga sudah dituntut keluarga dan dibawa ke Kahang.

Dalam kejadian berkenaan, kedua-dua mangsa bersama sekumpulan penungggang motosikal yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke Johor Bahru berteduh di bawah jejambat kerana hujan.

Mereka dirempuh sebuah van dipandu lelaki berusia 25 tahun.

Kejadian itu juga mengakibatkan enam cedera selain sembilan motosikal mengalami kerosakan.

Video yang disebar di Facebook dan WhatsApp menunjukkan kejadian berlaku di bawah jejambat Lebuhraya Seletar (SLE), ke arah Woodlands berhampiran susur keluar SLE.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 8:50 PM