ANGGOTA bomba membawa keluar mayat mangsa kebakaran. FOTO AFP/Guatemalan Volunteer Firefighters/HO
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat mangsa kebakaran. FOTO AFP/Guatemalan Volunteer Firefighters/HO
AFP

San José Pinula (Guatemala): Dua puluh remaja perempuan maut dalam kebakaran di rumah perlindungan kanak-kanak di sini, hari ini.

Semua mangsa maut berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Kerajaan Guatemala turut mengisytiharkan tiga hari berkabung kerana tragedi di lokasi yang terletak 10 kilometer timur dari Guatemala City.

Beberapa lagi mangsa turut cedera dan dirawat di beberapa hospital di ibu negara Guatemala.

Satu daripada hospital itu, Roosevelt Hospital melaporkan sedang merawat 24 mangsa cedera termasuk enam parah

Pendakwa yang mempertahankan hak kanak-kanak, Abner Paredes berkata, kejadian berlaku ketika remaja sedang dihidangkan makanan.

“Kebakaran bermula apabila beberapa remaja mula membakar tilam,” katanya.

Kebakaran itu dipercayai bermula ketika pemberontakan semalaman di rumah perlindungan yang dikatakan mempunyai hampir dua kali ganda penghuni yang sepatutnya.

Rumaha itu dibina untuk 400 penghuni.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 11:04 AM