1991. Rumah Api yang dibina pada 1976 di Bukit Jugra di Banting, Selangor.
1991. Rumah Api yang dibina pada 1976 di Bukit Jugra di Banting, Selangor.
KINI. Terdapat tulisan perkataan Jugra di hadapan rumah api.
KINI. Terdapat tulisan perkataan Jugra di hadapan rumah api.
1989. Hospital Daerah Banting, Selangor.
1989. Hospital Daerah Banting, Selangor.
KINI. Wajah Hospital Banting kini.
KINI. Wajah Hospital Banting kini.
1975. Makam Sultan Abdul Samad atau Makam Diraja dipilih sebagai kawasan pemakaman keluarga Diraja Selangor pada 1886.
1975. Makam Sultan Abdul Samad atau Makam Diraja dipilih sebagai kawasan pemakaman keluarga Diraja Selangor pada 1886.
KINI. Makam Sultan Abdul Samad dijaga dengan baik.
KINI. Makam Sultan Abdul Samad dijaga dengan baik.
1988. Istana Bandar atau Istana Sultan Alaeddin Sulaiman Shah yang dibina pada penghujung abad ke-19 dalam tahun 1899.
1988. Istana Bandar atau Istana Sultan Alaeddin Sulaiman Shah yang dibina pada penghujung abad ke-19 dalam tahun 1899.
KINI. Istana Sultan Alaeddin dipelihara untuk tatapan orang ramai.
KINI. Istana Sultan Alaeddin dipelihara untuk tatapan orang ramai.
1991. Masjid Bandar dibina pada abad ke-20 pada tahun 1905.
1991. Masjid Bandar dibina pada abad ke-20 pada tahun 1905.
KINI. Masjid Sultan Alaeddin atau Masjid Bandar dalam fasa baik pulih.
KINI. Masjid Sultan Alaeddin atau Masjid Bandar dalam fasa baik pulih.
Siti Salmiah A Hamid


Jugra yang meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi terletak di daerah Kuala Langat, Selangor.

Satu ketika dulu, Jugra dikenali sebagai pusat maritim yang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, malah kisahnya pernah disebut Tun Seri Lanang dalam buku tulisannya, Sulalatus Salatin.

Bukit Jugra berasal dari padasebuah perkampungan kecil Melayu yang dikenali sebagai Tanjung Kera. Terdapat banyak jenis kera namun namanya tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar kepada Bandar Temasya.

Ia adalah tempat strategik kerana berhampiran laut, menghadap perairan Selat Melaka dan dimajukan sebagai kota maritim.

Bukit Jugra juga pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor dari 1859 hingga 1898.

Pengangkutan seperti sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat dan Semenyih perlu membayar cukai di Jugra sekiranya dibawa keluar melalui Sungai Langat

Meskipun pengaruh Bukit Jugra hanya tinggal kenangan, kawasan berkenaan kini dijadikan tempat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bekas tinggalan seperti Istana Bandar atau Istana Alaeddin, rumah api yang dibina pada 1976, makam Sultan Abdul Samad dan Masjid Bandar masih dijaga dengan baik untuk tatapan pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 10:51 AM