FATTAH, Neelofa setuju tidak digandingkan dalam Hero Seorang Cinderella atas sebab peribadi.
FATTAH, Neelofa setuju tidak digandingkan dalam Hero Seorang Cinderella atas sebab peribadi.

Selepas meletup dengan drama bersiri Suri Hari Mr Pilot bersama Neelofa, Fattah Amin menjadi selebriti lelaki paling panas sejak awal tahun ini.

Sebelum ini, dia diumumkan akan berganding sekali lagi dengan Neelofa dalam drama bersiri terbaru iaitu Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang.

Bagaimanapun, Neelofa menolak tawaran itu kerana Fattah dikatakan tidak mahu berganding dengan pelakon jelita itu dalam drama berkenaan.

Ditanya mengenai perkara itu, Fattah menafikannya dan menjelaskan dia ada berbincang dengan Neelofa secara peribadi dan mereka bersetuju dengan keputusan itu.

“Keputusan ini dibuat atas sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsi bersama peminat. Saya amat berharap peminat menghormati keputusan saya ini demi menjaga hati keluarga masing-masing dan pihak tertentu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memilihnya untuk membintangi drama itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 5:05 AM