KENDERAAN Jabatan Imigresen Melaka (JIM) terpaksa dicuci di pertengahan operasi. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
KENDERAAN Jabatan Imigresen Melaka (JIM) terpaksa dicuci di pertengahan operasi. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
SEORANG wanita warga China (kanan) yang termuntah dan terkencing di dalam kenderaan Jabatan Imigresen Melaka (JIM) selepas ditahan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
SEORANG wanita warga China (kanan) yang termuntah dan terkencing di dalam kenderaan Jabatan Imigresen Melaka (JIM) selepas ditahan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Zairee Mohd Yasak


Melaka: Sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka terpaksa berhenti di tepi jalan untuk mencuci van dinaiki selepas wanita warga China ditahan kerana disyaki bekerja sebagai gadis pelayan (GRO) termuntah dan terkencing dalam kenderaan itu.

Jurucakap JIM berkata, dalam kejadian jam 2 pagi tadi, van berkenaan membawa enam wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO termasuk yang termuntah dan terkencing.

"Terdahulu kami bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melancarkan Operasi Bersepadu membabitkan pemeriksaan di beberapa premis di daerah ini.

"Dalam pemeriksaan di unit kediaman di Rumah Pangsa Bakti, kami tahan seorang wanita Indonesia dan anak berusia 10 tahun kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah," katanya.

Kesemua warga asing terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas atau premit dan Seksyen 6 (1) (c) akta sama kerana tiada pas perjalanan sah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 4:19 PM