KEADAAN kawasan hutan persekitaran Tasik Chini yang diteroka pada  2013. FOTO Ihsan PPTC
KEADAAN kawasan hutan persekitaran Tasik Chini yang diteroka pada 2013. FOTO Ihsan PPTC
Rizanizam Abdul Hamid dan Asrizal Aris


Pekan: Tasik Chini yang diiktiraf Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sesungguhnya kaya dengan khazanah alam semulajadi dan keindahan flora fauna.

Namun sejak 2009, persekitaran kawasan itu semakin terjejas akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan yang tidak terkawal di sekelilingnya.

Berikutan itu, tasik semula jadi kedua terbesar negara selepas Tasik Bera itu berada dalam situasi tercemar apabila saiznya semakin mengecil serta menunggu masa menjadi kering jika pemendapan dasar tasik terus berlaku.

Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris berkata, kegiatan penerokaan itu juga menyebabkan air tasik menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain terutama tumbuhan teratai yang sering dikaitkan dengan Tasik Chini.

Katanya, kajian bersama pakar dari universiti tempatan mendapati kegiatan pembalakan dan perlombongan tidak terkawal boleh memusnahkan biodiversiti tasik itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 6:49 AM