WAN Junaidi (kiri) ketika penjinjauan di Tasik Chini. FOTO Farizul Hafiz Awang
WAN Junaidi (kiri) ketika penjinjauan di Tasik Chini. FOTO Farizul Hafiz Awang
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Pekan: Limpahan air dari Sungai Pahang ketika musim tengkujuh dikenal pasti menjadi punca pencemaran di Tasik Chini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pencemaran itu mempunyai kaitan dengan kegiatan pembalakan dan perlombongan adalah tidak berasas sama sekali.

"Berdasarkan tinjauan yang kita buat tadi, tidak ada lagi aktiviti pembalakan dan perlombongan di kawasan sekitar.

"Kalau ada pun kesan pembalakan atau perlombongan, ia adalah kesan lama, tidak ada kegiatan baru. Jadi, pencemaran yang berlaku di sini disebabkan kemasukan air dari Sungai Pahang setiap kali berlakunya banjir besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan Lawatan Kerja Ke Tasik Chini, di sini, hari ini.

Hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Azizan Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak.

Wan Junaidi berkata, satu Jawatankuasa Khas sudah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan Tasik Chini ditubuhkan pada Mac tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2017 @ 4:03 PM