Keadaan di luar kawasan blok reban ayam yang terbakar sehingga mengakibatkan kira-kira 76,000 ayam rentung. FOTO  Noor Azurin Mohd Sharif
Keadaan di luar kawasan blok reban ayam yang terbakar sehingga mengakibatkan kira-kira 76,000 ayam rentung. FOTO Noor Azurin Mohd Sharif
Noor Azurin Mohd Sharif


Alor Gajah: Kira-kira 76,000 ayam rentung selepas reban di sebuah ladang di Kampung Pegoh Dalam, musnah terbakar, 11.35 malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah Suhairi Mohd Sufian berkata, reban berkenaan milik sebuah syarikat dari Thailand.

"Operasi memadamkan kebakaran membabitkan 20 pegawai dan anggota dibantu enam jentera dari BBP Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Tampin.

"Kami mengambil masa tiga jam untuk padamkan kebakaran dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.55 pagi," katanya.

Suhairi berkata, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu sedang dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 7:34 PM